Assalammualaikum, selamat datang ke ruangan Cik Tulip Merah.

Sabtu, 25 April 2020

Cerpen : Cinta Sepahit Kopi (Part 1)


" Alahai, ramai betul pelanggan dekat warung Makcik Peah hari ni. Nak terlucut pinggang ceq ", rungut hati Sofea.

Sofea Irdina, itulah namanya. Sejak kematian ibu bapanya setahun yang lalu akibat kemalangan jalan raya, dia kini tinggal sendiri di rumah milik orang tuanya. Dia sudah terbiasa hidup berdikari. Abang-abang dan kakaknya ada mengajak dia untuk tinggal bersama. Tapi baginya, biarlah dia tinggal di rumah yang penuh dengan notalgia itu. Dia tidak mahu menjadi beban sesiapa. Biarlah dia susah payah sendiri.

" Tolong bungkuskan kopi o kaw satu ya ", kedengaran suara seseorang di luar halaman warung.

Sofea terjenguk-jenguk di muka pintu warung. Kelihatan susuk tubuh seorang lelaki berkaca mata. Segak, macam pelakon korea ! Oppa !

" Maaf, warung kami dah tutup. Semua dah habis ", ucap Sofea lembut.

" Lah yeke ... Emm xapalah macam tu, tak ade rezeki saya hari ni ", balas lelaki itu dengan nada sedikit kecewa.

" Nampaknya begitulah ", Sofea membalas lantas mengunci pintu warung seperti biasa.

" Ermm ... Awak, boleh tumpang tanya ? ", soal lelaki itu berhati-hati.

" Ya, saya memang kaunter pertanyaan dekat sini. Nak tanya apa tu ? ", balas Sofea sambil melemparkan senyuman manis bak kerang busuk.

" Loyar buruk pulak budak ni, nasib baik comel ", bisik hati Amzar sendiri.

" Hampa ooo hampa, nak tanya apa ni. Kami lambat dah ni, xmau tanyaa kami gerak dulu lah ", ucap Sofea lantas membuka langkah untuk pulang ke rumah.

" Ehh, awak !. Sorry sorry. Saya nak tanya, area sini ada tak hotel atau motel yang terdekat. Tak pun homestay yang selesa ? ", ucap Amzar.

" Oh, hotel atau motel no ... Sat kami pikiaq ", balas Sofea sambil mengerutkan dahinya berfikir.

Seingat Sofea, hotel atau motel yang terdekat adalah di pekan sana. Itu pun dalam 10km dari warung Makcik Peah. Tapi kalau homestay yang terdekat selang beberapa buah rumah saja dari rumahnya.

" Okay, saya dah ingat cik. Hotel atau motel yang terdekat kat pekan sana nu. Dalam 10km. Tapi kalau homestay, yang terdekat depan tu saja. 10 minit, encik teruihh don't belok-belok  lepaih tu jumpa simpang, ambik kanan. Nanti encik akan dapat Homestay Impian ", terang Sofea.

" Don't belok-belok ?. Awak ni biar betul. Kang sesat saya haa. Betul ni depan tu saja ? ", tanya Amzar minta kepastian.

Ini adalah kali pertama Amzar menjejakkan kaki di kampung ini. Dia mahu lari dari semua masalah yang menyesakkan otak kepalanya. Semua ini gara-gara perempuan tak guna tu !

" Encik ooo encik !. Eh laa dia mengelamun sungguh orang tua ni. Muka ja ala² oppa, tapi kuat mengelamun ", bebel Sofea.

" Oii, mat ... Kami balik dulu laa no. Satgi ingat tau, straight don't belok². Kami balik dulu. Arios ", ucap Sofea sambil berjalan pulang.

" Eh ehh ... Awak ! ", panggil Amzar saat menyedari gadis itu sudah jauh meninggalkannya di situ.

Amzar mula memandu mengikut arah yang ditunjukkan gadis itu sementar tadi. Setibanya dia simpang, dari arah kanan sudah terlihat nama homestay yang disebut tadi. Gadis itu tidak membohonginya. Homestay itu memang wujud !

Hati Amzar berbunga saat melihat halaman Homestay Pak Manaf. Mana tidaknya, terdapat berbagai jenis bunga-bungaan  indah dihalaman rumah tersebut. Rumput palsu yang disusun kemas, ada pula pondok dan kolam ikan di bahagian tengah. Ahh memang indah dan menenangkan !

Saat dia memasuki laman homestay tersebut, dia terus menghubungi nombor yang tertera di situ.

" Assalammualaikum ... Ni Pak Manaf ke ? ", tanya Amzar untuk kepastian.

" Waalaikumsalam, ya saya. Anak ni sapa ya ", balas Pak Manaf.

" Saya Amzar. Saya nak menyewa di homestay pakcik. Ada kekosongan tak ? ", terangnya.

" Ohh, ada. Tunggu sat pakcik pi sana ya ", ucap Pak Manaf lantas mematikan telefon.

Beberapa minit kemudian, kelihatan susuk tubuh Pak Manaf.

" Assalammualaikum, ni ka Amzar hat telefon tadi tu ? ", sapa Pak Manaf dengan senyuman.

" Waalaikumsalam, ya pakcik ", Amzar membalas.

" Ceq nak menyewa berapa malam ni ?. Buat masa la ni ada satu bilik ja kosong. Tu pun yang hujung sekali tu. Boleh kaa ? ", terang Pak Manaf.

Homestay Pak Manaf memang menjadi pilihan orang ramai saat berada di kampung itu. Persekitarannya yang tenang dan damai membuatkan sesiapa sahaja yang menyewa di situ tidak mahu pulang.

" Boleh pakcik, janji saya boleh rehat dan tidur. Saya nak sewa seminggu ya pakcik. Ini duitnya ", ucap Amzar seraya menyerahkan wang kepada Pak Manaf.

" Ini kuncinya ya, kalau ada apa-apa masalah boleh telefon pakcik dekat nombor tadi na. Jemput masuk dan selamat beristirehat ", pelawa Pak Manaf sambil membuka pintu bilik dan menyerahkan kunci kepada Amzar.

Amzar melabuhkan badannya ke atas tilam. Empuk dan selesa. Aroma wangian bunga lavender turut memenuhi ruangan bilik itu saat penghawa dingin dihidupkan. Beberapa detik kemudian, dia terus hanyut diulit mimpi.

 ******* BERSAMBUNG *******

Tiada ulasan:

Catat Ulasan