Assalammualaikum, selamat datang ke ruangan Cik Tulip Merah.

Selasa, 28 April 2020

Cerpen : Cinta Sepahit Kopi (Part 2)


" Pea oo Pea ", panggil Makcik Peah.

" Yo Makcik Peah, awat awat nak p kawat mana ni. Panggil orang lebih pada terlepas ferry aih. Haa pasai apaaa ? ", ucap Sofea sambil menyandarkan badannya di tiang warung Makcik Peah.

" Hang perasan dak ada orang baru menyewa homestay Pak Manaf tu ?. Amboi laa, segak macam apa nama hero korea tu. Ho ho, Min Ho ka apa xtau. Dengan renjong dia, ish segak sungguh laa. nasib baik Cik Peah kahwin dah, tidak Cik Peah p reling-reling mata dah ", usik Makcik Peah.

" Amboi, boleh gagah Cik Peah ni no. Pea habaq dekat Pak Meon satgi baru Cik Peah tau. Apa Ho, Lee Min Ho haa. Orang nak tengok drama korea Cik Peah pun nak tengok. Haish. Haa, Pea nampak dah marin. Dia mai mintak ayaq kopi o, mana nak ada dah marin. Customer Cik Peah kan ramai marin ni. Elok Pea nak tutup dah dia baru sampai. Segak sungguh ka Cik Peah, Pea tengok-tengok gutu ja marin ni ", tanya Sofea.

Seingat Sofea lelaki itu memang tinggi, tapi kacak atau tidak dia tidak pasti. Manalah dia nampak mata disebalik kacamata lelaki itu kelmarin. Dari cara dia bercakap, bukan orang utara ni. Mesti ala-ala mamat jambu dari bandar besar ni. Yang suka jaga penampilan lebih dari perempuan tu. Tapi satu yang Sofea suka, urat-urat tangan lelaki itu !

" Awak, saya nak kopi o ikat tepi satu ", pinta Amzar saat tiba di warung Makcik Peah.

" Buat apa ikat tepi kalau boleh buat ikatan yang sah, cia cia cia ", balas Sofea tanpa melihat siapa gerangan orang yang memesan minuman tadi.

" Boleh jugak kalau tuan badan izinkan ", Amzar membalas.

" Ayaq kopi o siaaaa ... aaaa siapp ", ucap Sofea tergagap-gagap.

Manakan tidak, tadi bukan main dia bermain pickup line. Sekali ditoleh gerangannya, mamat semalam !. Jadi kera sumbanglah lagak gadis itu.

" So, jadi ke kita nak buat ikatan yang sah tu awak ", usik Amzar saat menyedari pipi gadis itu sudah kemerahan.

" Aaaa, seringit dua kupang. Bayaq lekaih. Kami banyak kerja ni ", Sofea mengelat.

Amzar masuk ke kereta sambil tersenyum-senyum. Baru dua hari di kampung itu dia sudah merasa bahagia. Apatah lagi bila bertemu dengan gadis seperti Sofea. Nampak macam kaklong kawasan tapi lucu !.

" Itulah hang Pea, galak lagi duk main pickup line. Lain kali cakap siang-siang tu pandang-pandang, ni dak. Main ikut suka hang ja. Kan tak pasai dapat ayat maut macam tu. Nak main ikat-ikat sangat haa, awat tak ambik ", bebel hati Sofea sendiri.

Dia memang jenis suka menyakat orang. Makcik Peah dan Pak Meon memang selalulah jadi mangsa dia. Nak-nak Makcik Peah tu, dengan latah dia memang menjadi-jadilah si Sofea. Kadang sampai senak perut dia ketawa dek kerana latahnya Makcik Peah. Habis segala mak nenek disebut, itu belum part berjoget-joget lagi.

Sejak ibu bapanya meninggal, Makcik Peah dan Pak Meon lah tempat dia menumpang kasih. Dia sudah dianggap seperti anak sendiri oleh mereka. Lagi pula, mereka tiada anak perempuan.Yang ada anak lelaki tapi masing-masing sudah berumahtangga dan menetap di bandar. Tiap kali hari raya barulah semua berkumpul.


******************

Amzar memberhentikan keretanya di pesisir pantai. Sejak semalam telefon bimbitnya dimatikan. Masalah yang dihadapinya membuatkan dia mahu bersendirian saat ini. Keputusan untuk berkahwin dengan Raisha dalam masa terdekat ini benar-benar menguji hatinya. Dia sangkakan Raisha benar-benar tulus mencintai selama ini. Tapi peristiwa semalam, benar-benar telah meremukkan hatinya. Dia masih ingat lagi bagaimana mesranya Raisha bersama lelaki semalam saat dia membuka pintu apartmen yang dia hadiahkan kepada Raisha. Masih terbayang lagi betapa erat lelaki itu memeluk tubuh Raisha semalam. Mereka bergurau senda, bermanja-manja seperti suami isteri yang sah sehingga tidak sedar. Amzar sudah lama berdiri memerhatikan gelagat mereka. Sakit !.

Hatinya benar-benar sakit saat itu. Perempuan yang dicintainya dengan sepenuh hati selama bertahun-tahun sanggup berlaku curang padanya. Selama ini apa yang Raisha nak, semua dia penuhi. Bahkan dia tidak pernah membiarkan Raisha merasa bosan dan sunyi. Saat dia sibuk bekerja, tetap dia luangkan masa untuk menghubungi bahkan mengajak Raisha keluar bersama. Namun sejak akhir-akhir ini memang Raisha kerap mengelak dari bertemu dengannya. Pelbagai alasan diberikan. Sibuk, ada dinner dengan family, ada event dan macam-macam lagi. Tapi rupa-rupanya ini yang dia sibukkan. Sibuk dengan lelaki lain !

Benar kata orang, bertahun-tahun bercinta itu bukan jaminan bahawa kita betul-betul kenal dengan pasangan kita melainkan bila dah tidur sebantal, duduk serumah barulah kita tahu perangai baik buruk pasangan kita.

Tidak dinafikan, Raisha adalah perempuan pertama yang membahagiakan dirinya. Selama bertahun-tahun mereka bercinta, Raisha tidak pernah sekali pun menunjukkan sikap liarnya seperti semalam atau mungkin selama ini dia sekadar berpura-pura seperti kata mama. Saat pertama kali dia membawa Raisha pulang ke rumah untuk bertemu keluarganya, mama memang sudah menunjukkan reaksi tidak suka. Bahkan mama sendiri pernah bertanyakan kepada dirinya apakah dia benar-benar mahu memperisterikan Raisha.

Mungkin inilah akibatnya tidak mendengar kata-kata seorang ibu. Memanglah zaman sekarang banyak yang berkahwin atas dasar saling suka sama suka, tapi restu ibu bapa tetap kunci utama bahagia atau tidak sesebuah rumahtangga kita.

" Arghhhhh ! Aku benci kau RAISHA !!! ", Amzar menjerit dengan sekuat hati.

Biar pantai itu mendengar seluruh rasa amarahnya. Sungguh dia benar-benar sakit saat ini. Rasanya seperti mahu saja dia belah dada lalu mengeluarkan hati yang telah remuk itu. Biar dia lempar jauh ke dasar laut. Biar di makan dek jerung.

Amzar tertunduk di sisi keretanya lalu menekup mukanya di lutut. Dia menangis, menangis kerana tidak dapat menahan rasa dikianati.

Dari jauh kelihatan kelibat Sofea sedang berjalan menuju ke pantai.

Tempat itu sudah menjadi port untuk dia meluahkan perasaan. Bila dia teringatkan ibu dan bapanya, pantailah tempat dia berbicara.

" Eh, tu bukan mamat ikat tepi tadi ka ?. Duk buat apa tang tu pulak tu. Dengan duk peluk lutut muka tutup. Kalau ya pun nak lena, lenalah dalam keta nu. Ni dak, duk lena kot luaq, satgi natang ketit kaki baru dia tau ", bebel Sofea sambil mendekati susuk tubuh lelaki itu.

" Assalammualaikum ya penunggu pantai ", tegur Sofea dengan perangai tiga sukunya.

" Waalaikumsalam ", jawab Amzar tanpa mengangkat wajahnya.

" Weii, hang pasai apa ni. Duk lena ikut suka. Satgi ketam kepit kaki baru tau ", pancing Sofea.

Amzar masih mendiamkan diri, dia tidak mahu gadis itu melihat dia baru usai menangis. Tak gentleman la kan kalau lelaki menangis.

" Oii, mat jambu. Kami cakap dengan hampa ni. Bukan cakap dengan tongkoi kayu. Xpalah kalau hampa xmau angkat muka xpa. Biaq bagi ketam kepit kaki tu satgi tak pun biaq anjing gila Uncle Lim tu mai ligan hampa baru hampa tau ! ", sekali lagi Sofea cuma memancing.

Perlahan-lahan Amzar mula mengangkat mukanya.

" Weii hampa reyau kaa ?. Kami melawak ja tadi. Hampa jangan lagu ni weii ", Sofea panik.

" Eh, tak tak. Saya okay. Awak buat apa kat sini ", tanya Amzar sambil mengeluarkan sapu tangan untuk membersihkan wajahnya.

" Kami memang suka jalan-jalan dekat pantai ni. Rasa tenang bila dengaq pukulan ombak. Yang hampa ni buat apa kat sini, dengan mata merah. Reyau ?. Ni mesti baru frust ni ", ucap Sofea selamber tanpa tapis.

Dia memang begitu, main cakap sahaja. Tapi bila dah terlepas cakap tu pandai pulak dia minta maaf. Sofea, walaupun mulutnya seperti murai potpet potpet tapi dia sangat takut jika kata-katanya mengguris perasaan orang.

" Erm.. awak ni memang kuat membebel macam makcik-makcik eh ? ", Amzar cuba mengubah topik.

" Ek eleh, kona kot len pulak mamat ni. Hampa ingat kami xtau. Hampa ni confirm baru putus cinta kan ", ucap Sofea lantas melabuhkan punggung untuk duduk.

" Hampa tau dak, putus cinta tu perkara biasa dalam hidup kita ni. Salah satu ujian yang Allah turunkan untuk menguji hati kita. Terkadang kita tak sedar, Allah bagi kita rasa sakitnya kecewa sekarang dari kita kecewa kemudian hari. Betui dak ", soal Sofea seakan-akan pakar motivasi.

" Emm ntahlah awak. Mungkin betul cakap awak. Ini ujian Allah untuk saya ", ucap Amzar sambil merenung jauh ke arah matahari yang hampir tembenam.

" Kalau dah tahu ini ujian, kita kenalah hadapi dengan berlapang dada. Allah takkan uji kita melebihi kemampuan kita. Kita kuat sebenarnya cuma kita lebih suka memilih untuk terus menganggap ujian itu berat. Dah, jom balik. Nak maghrib dah ni. Duduk lama-lama kat sini satgi tak pasai kena kahwin free dengan awak pulak. Jom balik ", ucap Sofea seperti ajak-ajak ayam.

" Eh, bukan tadi awak cakap nak buat ikatan yang sah dengan saya ke ? ", sakat Amzar sambil tersenyum nakal.

" Eww, muka tak malu. Kami tak mau la kahwin dengan hampa dah la manja sikit-sikit nangis ", Ucap Sofea sambil mengajuk gaya seperti budak kecil sambil berlari pulang.

" Ehhh awak ni ! ", marah Amzar sendiri.


Gadis itu telah jauh meninggalkan dia di situ. Anehnya walaupun sebentar mereka berbual tapi hati Amzar terhibur dengan gelagat gadis itu. Rasa serabut sebentar tadi perlahan-lahan hilang dari kepalanya. Dia kembali tenang, setenang permandangan matahari terbenam di hadapannya.


 ******* BERSAMBUNG *******





Tiada ulasan:

Catat Ulasan