Assalammualaikum... Selamat Datang Ke Blog Diary Si Tulip Merah. Jangan lupa follow dan like ya :)

Jumaat, 5 Januari 2018

CERPEN : Mamat Skema Itu Buah Hati Aku

:: PART 2 ::


Hanis termenung di jendela kamarnya, dia masih terkejut dengan peristiwa siang tadi. Dia bingung memikirkan apa yang akan terjadi selepas kejadian itu. Apakah Farish akan berhenti dari terus menganggu hidupnya?. Jika ya, alhamdulillah. Dia boleh hidup dengan tenang tanpa jejak dari lelaki pendusta itu seperti biasa. Oh yaaaa, semuanya kerana lelaki skema itu. Kalau dia tidak muncul secara tiba-tiba tadi pasti Hanis sudah dibawa lari. 

" Siapa nama dia eh ?", bisik hatinya 

Meskipun sudah beberapa kali bertembung, mereka tidak pernah bertanya nama melainkan bertekak dan berbalah sesama mereka. Hanis masih ingat akan senyuman pertama yang lelaki itu berikan padanya semalam. Saat itu dia terlihat begitu tenang dan menyenangkan tidak seperti pertama kali mereka bertemu. Apa mungkin mereka akan bertemu lagi ?.

" Ting ", peti masuk telefon Hanis berbunyi. 

" Siapa pulak yang mesej aku pagi-pagi buta macam ni ? ", fikir Hanis sambil melihat jam dinding yang menunjukkan waktu tepat jam 2 pagi.


Assalammualaikum ... 
maaf ganggu awak pagi-pagi ni. 
awak okay tak ?. 
                            
                                               - Firdaus -             


" Firdaus ?. Firdaus mana pulak niii ?", Hanis cuba mengingat kembali siapa pemilik nama itu.


Sementara itu Firdaus masih menanti balasan mesej dari Hanis. 

10 minit berlalu, handphonenya masih kosong tanpa sebarang mesej. Firdaus hampa. Mungkin gadis itu tidak mahu berkawan dengannya atau dia masih marah dengan kejadian sebelum ni. Iya, sebelum ini mereka seperti anjing dengan kucing. Pantang bertemu pasti ada perbalahan. Tapi peristiwa semalam seakan mengubah persepsi Firdaus terhadap Hanis. 


Keesokannya ...


" Beep ", bunyi sms dari telefon Firdaus. 
dia membuka lalu membacanya.


Waalaikumsalam ... 
dah tahu pagi buta, kacau orang apa hal !.
Jebonlah hang ni !.
Aku tak kenai orang nama Firdaus ni. 
pi main jauh-jauh


" Eh, budak kenit ni. Perangai brutal tak pernah habis. Menyesal pulak aku sms semalam. Hang tunggu sat nooooo ! ", dengus Firdaus


Oiii budak kenit. 
Kau ni memang jenis tak reti nak bersopan-santun ke apa.
Nyesal pulak aku selamatkan kau semalam. 
Dah la terima kasih pun tak cakap, alih-alih menyembur aku pulak. 
Ehhh, memang dasar ketotlah hiaaaaaangggg ni. 


" Selamatkan aku?. Hmm, sapa?. Alamak !, mamat skema tu lah ! ", akhirnya Hanis sudah mengenali pemilik nombor tersebut. 


Awak mamat skema tu eh. Err, saya minta maaf. 
Saya ingat lelaki tiga suku mana yang sms saya pagi-pagi buta semalam. 
Maafkan saya awak ..................


Hanis mula bersikap sopan. Dia tidak mahu bergaduh lagi dengan mamat itu. Dia sedar dek kerana mamat skema itulah dia selamat dari di apa-apakan oleh Farish.


Hahh, reti pun bersopan ye budak kenit.
Oleh kerana kamu menderhaka kepada beta. 
Makanya beta mahu kamu belanja beta makan di gerai kamu. 
Hari ini jam 3 petang. Jangan mengelak.
Beta ada mata-mata yang sedang mengawasi kamu. 
HAHAHAHAHAHA !


Firdaus seakan memberi peringatkan dengan ketawa yang menakutkan. Padahal hakikatnya dia sedang membayangkan reaksi muka budak kenit itu. Mesti comel !


" Hahhh !, dia nak datang petang ni?. Ermm, malulah aku. Dah la aku selalu marah-marah dekat dia. Hmm, macam mana ni. Errr, tak apalah. Memang salah aku pun ", ucap Hanis sendiri. 

Ikutkan hati nak saja dia mengelak. Tapi bila diingatkan kembali peristiwa semalam. Dia akur. Lagi pula dia belum sempat mengucapkan terima kasih kepada lelaki itu. 


Seperti yang telah dijanjikan. Tepat jam 3 petang. Kelibat Firdaus sudah kelihatan dari jauh dan tiba-tiba degupan jantung Hanis bergerak laju. 

" Haa sudah !. Buat apa hang duk dupdapdupdap ni jantung oii. Macam tengok putera raja aih. Hang jangan buat kelolo hati oiii ! ", rungut Hanis sendiri. 


" Dah kenapa kau ni, tersengih-sengih macam kambing ", ucap Firdaus seakan memerli.

" Ehehe, tak dak apa aih. Hampa duduklah dulu. Nak makan apa ?. Kami ada jual rojak buah, sengkuang calit, laksa. Haa, sedap-sedap tau ", layan Hanis sekadar menyedapkan hatinya yang sedang berdebar-debar. 

" Eleh, yela tu sedap. Kalau tak sedap macam mana?. Boleh claim sebulan makan free tak ?", gurau Firdaus dengan muka seakan garang. 

" Errr. boleh-boleh ", balas Hanis dengan senyuman paksa. 

" Okay, kalau macam tu. Saya nak makan laksa ", ucap Firdaus. 

Firdaus memang sudah lama kepingin untuk makan laksa, tambah-tambah laksa utara. Memang terliur di buatnya. Tambahan sedari tadi dia sudah tercium bau bunga kantan. Telan air liur dibuatnya. Harap-harap memang sedaplah laksa si budak kenit ni. 


" Alhamdulillah, sedap ! ", ucap Firdaus dengan wajah gembira. 

" Err, terima kasih awak. Ermmm awak ... saya nak ucapkan terima kasih sebab dah tolong selamatkan saya semalam. Saya nak minta maaf juga atas kejadian-jadian yang lepas tu. Erm, awak jangan simpan dalam hati eh ", luah Hanis sambil menunduk.


" Ehehe, enenene ... Tahu pun minta maaf. Tak susahkan?. Haaa, okay. Lain kali jangan buat dah ", ucap Firdaus sambil mengejek tingkah laku Hanis. 


Dari jauh Farish sedang memerhati gelagat mereka berdua. Apakah betul Hanis telah berkahwin?. Dari gerak-geri mereka. Mereka nampak sangat gembira dan akrab. Tapi tak mungkinlah Hanis melupakan dia dalam sekelip mata. 

Farish betul-betul tidak puas hati. Dia akan terus memerhati tingkah-laku Hanis. 


" Awakkkk, saya pun nak minta maaf jugak sebab ganggu awak pagi-pagi buta hari tu dan maafkan saya juga untuk kejadian lepas. So, lets be a friend ? ", ucap Firdaus sambil menghulurkan tangan. 

" Errr, dosa wak ", ucap Hanis sambil mengangkat keningnya yang tak berapa kelihatan itu. 

" Ops, sorry awak. So, kita kawan okay. Okaylah, saya gerak dulu. Petang ni ada game bola sepak takraw dengan budak-budak satu taman. Kalau awak rajin datanglah tengok saya main ", ucap Firdaus sambil tersenyum. 

Dia sendiri buntu mimpi apa sampai ajak budak kenit itu untuk melihat dia bermain sepak takraw. 

" Err, insha-Allah. Tak janji tau ", balas Hanis. 

" Okay. Saya gerak dulu. Assalammualaikum ", ucap Firdaus lalu berjalan meninggalkan Hanis. 

Dia tidak cantik mak,
Dia tidak jelek mak,
Yang sedang sedang saja,
Yang penting dia setia.

Aku suka dia mak,
Aku sayang dia mak,
Kasih dan rinduku ini,
Tentunya untuk si dia.

Sedalam-dalamnya lautan india
Lebih dalam lagi cintaku padanya
Sesuci dan sebeningnya embun pagi
Begitulah cintaku pada dirinya.


Firdaus menyanyi sendiri. Entah kenapa hari ini dia sepertinya berbunga-bunga cinta. Apakah dek kerana baru berjumpa dengan gadis kenit itu?. Apakah dia sudah jatuh cinta?. Argghhh, mana mungkin !.


*************************

Tepat jam 5 petang, Hanis mengemas gerai jualannya seperti biasa. Gayanya tidak ramai pelanggan hari ini.


" Hai sayang ", ucap Farish yang muncul tiba-tiba dari belakang.

" Awak nak apa lagi ni. Kan saya dah bagitahu hari tu, tolong berhenti ganggu hidup saya ", balas Hanis dengan muka kepenatan.

Sejujurnya dia memang sudah tawar hati dengan lelaki yang pernah dia cintai dulu. Hati siapa yang tidak sakit bila mencintai seseorang yang langsung tidak pernah faham akan perasaannya bahkan bersuka-ria dengan perempuan lain di belakangnya.

" Sayang, tolonglah ... I betul-betul masih sayangkan you. Tolonglah bagi I satu lagi peluang ", ucap Farish sambil memegang tangan Hanis.

" Eh, lepaslah !. Hang ni memang tak faham bahasa ka apa. Aku kata berampuih tu, hang p laa. Aku takmau tengok muka hang lagi. Selama 6 bulan aku diam, hang boleh ja hidup tanpa aku. Bahagia ja hidup hang dengan perempuan tu kan. La awat duk kalut cari aku. Hang lupa kaaaa, aku dah kahwin ". ucap Hanis dengan selamba.

" Kahwin?. Hahaha !. You tipu I kan sayang. Kan you sayang sangat dengan I. Tak mungkin you dah kahwin ", Farish sekadar menduga meskipun dia telah bertemu dengan lelaki yang mengaku sebagai suami Hanis baru-baru ini.

" Hello !, I dah kahwin okay. You pun dah jumpa suami I kan. He better than you ! ", ucap Hanis tanpa berfikir panjang.

" Seriously?. Dengan mamat hari tu?. Hahaha !. You sure ke dia better dari I ?. I ada Honda Jazz, rumah dan kerja yang bagus. Hello I am a pilot. You tak rasa rugi ke sayang. If we getback, semua tu you punya. I pun boleh bahagiakan you more than him ", ucap Farish riak.

" Pigi mampus daaa. Ingat aku heran dengan harta benda hang. Tak guna kalau ada harta tapi takdak perasaan. Hang hargai aku pun dak dulu, la mai nak ajak kahwin laa nak bahagiakan aku laa. Ingat aku nak percaya dengan hang. I don't want banana fruit two times ", bisik Hanis dalam hati.

" Heehehe, tak apalah. You kasilah harta benda you tu dekat perempuan you sayang tu okay. I tak perlukan semua tu. Ada "suami" yang sayang dan cintakan i pun dah cukup. Dia dah bahagiakan I saat you tak pedulikan i. So, tak ada sebab i nak lepaskan lelaki macam tu ", ucap Hanis seraya pergi meninggalkan lelaki psyko itu.

" Hanis Amyra ! ", jerit Farish saat melihat gadis itu berlalu meninggalkannya.

Farish bersandar di keretanya. Dia buntu memikirkan cara apa lagi untuk meraih kembali cinta Hanis. Bila di fikirkan status Hanis baru-baru ini dia bertambah bingung. Dia tidak tahu sama ada mahu percaya atau tidak. Jika Hanis benar-benar telah berkahwin, mau dapat penumbuk free dia nanti.


BERSAMBUNG ....

****************************